Wednesday, May 8, 2013

RVL MENGGAWAL KANDUNGAN GULA BADAN ANDA


SOALAN: "Masa makan sudah tiba, tapi saya tak lapar! Apa nak buat?"
JAWAPAN: Sekiranya anda TIDAK LAPAR pada waktu makan/snek, makanlah hanya separuh dari bahagian makan berat/snek anda tersebut. Elakkan dari lewat makan atau tidak makan langsung.

*PENTING*Blood Sugar Stabilization:-
1. Sekiranya paras Gula Darah(Blood Sugar) anda stabil, badan anda tidak akan menyimpan lemak.
2. Sekiranya anda makan makanan yang seimbang (PFC) dan berkhasiat pada selang masa yang ditetapkan, paras gula darah akan menjadi stabil.
3. Apabila gula darah anda stabil, kadar metabolisme akan meningkat.
4. Sekiranya anda lewat/tidak makan, paras gula darah akan menurun dan menyebabkan badan membakar otot untuk bekalan tenaga.
5. Apabila paras gula darah berada di tahap rendah, kadar metabolisme juga akan berada di tahap rendah.
6. Apabila paras gula darah rendah, badan anda akan mula ketagih gula/karbohidrat (sugar cravings). Lama-kelamaan anda tidak akan dapat mengawal keinginan untuk makan gula/karbohidat dengan banyak.
7. Sekiranya anda makan banyak gula/karbohidrat, kadar gula darah akan melonjak naik dan menyebabkan badan menyimpan lemak.
->*MATLAMAT kita ialah untuk MENSTABILKAN GULA DARAH.*

No comments:

Post a Comment